Selasa, 29 November 2011

salah guna kuasa

Sejak beberapa tahun ini banyak kedengaran benda yang pelik terjadi,Salah satu adalah orang yang memberi tazkirah dimasjid kena tangkap.Penangkapan itu bukan lah membabitkan orang2 biasa yang tak mempunyai asas ugama langsung,ianya membabitkan orang yang bukan calang2 orang seperti orang yang lepasan universiti yang bidang lulusan nya adalah ugama islam.Apakah silap dan salah orang2 macam ini ditangkap dan didakwa dan mungkin akan dihukum kalau disabitkan kesalahan.Yang pelik nya orang yang menangkap atau memerintah menangkap individu tersebut bukan lah juga orang 2 biasa yang tak punya lulusan.Mereka yang memerintah penangkpan tersebut adalah mereka2 yang bukan calang2 orang juga. Mereka mempunyai segala wibawa dalam bidang ugama dan akademik. Dimanakah kebenaran disebalik penangkapan dan perintah penangkapan tersebut.Bukankah peristiwa2 tersebut menjadi sesuatu yang sangat pelik.Benar  apa yang kita dengar bahawa diakhir zaman ugama akan dipandang lekeh malah diejek2.Mengapa tidak begitu orang yang membawa kebenaran akan ditidakan tindakan mereka dan orang yang membawa kebatilan akan dibiarkan malah digalakan lagi malah diberi segala kemudahan.Dimasa yang sama orang2 yang membawa kearah kesesatan dibiarkan bebas seolah2 digalakan kegiatan mereka.Contoh yang paling mudah adalah ajaran ayah pin.Kemanakah individu ini yang mendakwa dia lah segala2nya(ayah pin)
Mangsa akhir dari siri penangkapan kapada mereka2 yang tak ada tauliah untuk memberi kuliah dimasjid2 ialah Bob Lokman,Dan penangkapan tersebut adalah kerana beliau dikatakan tak mempunyai tauliah untuk memberi apa2 ucapan didalam masjid.Persoalan nya mengapa tak diberi tauliah.Jawapan nya tentu lah macam ni:Beliau tak punya kelulusan atau perkhususan dalam bidang tersebut,Tapi mengapakah yang ada perkhususan dalam bidang tersebut tak pulak diberi tauliah malah ditangkap pula bila memberikan tazkirah dimasjid2,Contohnya banyak dan tak perlu disebut.Bagi aku orang2 yang nak bagi tazkirah kat mana2 masjid tak perlu ditangkap malah diberi keizinan yang seluas2nya,kalau lah apa yang individu berikan ceramah benar2 menyalahi ajaran islam baru lah tindakan ini diambil.

Dikatakan sebab2 penahanan individu yang macam ini kerana pihak2 tertentu ingin membendung tersebarnya ajaran sesat yang sangat menular dikalangan umat2 islamMemang bagus tindakan yang macam tu tetapi mengapakah mereka2 yang benar mengamalkan jalan kesesatan tak pulak ditangkap. Amat malang dengan keputusan yang semacam itu sedangkan yang sepatut dibuat tidak pula dilakukan.Contoh kapada yang sepatut diambil tindakan tak sukar untuk disebut dan tak payah untuk dicari,memang ada di merata2 tempat termasuk didepan mata kita.Kpada pihak yang tertentu tak payah mengunakan kuasa secara berlebihan kerana perkara itu sangat berkait dengan kebencian orang dan kebenciaan Tuhan sendiri.

Jumaat, 18 November 2011

Antara dua keadaan

Mengapa begitu,tergamak mereka melihat kehidupan dibawah mereka jadi begitu,Dan aku menyangka dan aku memang kata begitu, bahawa mereka amat suka kapada orang yang begitu.Mereka ketawa dan memperbodohkan orang2 yang seperti itu,Mereka tak peduli akan tangis mereka,Mereka hanya membiar sahaja untuk dipertontonkan olih mereka sambil mengherdik dan mengeji dan diwaktu yang sama memperlihatkan kekayaan mereka.

Begitu pandangan aku kapada kebanyakan pemimpin negara,Mereka dengan senang mengautkan harta negara sambil bermewah2 tanpa peduli akan jerih perit orang2 yang dibawah mereka.Dan mereka adalah sejahat2 manusia kerana berdiri teguh untuk mereka sambil memijak mereka2 yang dibawah..Tidakkah terfikir dikepala hotak orang 2 ni untuk membahagi harta kekayaan negara sama rata sama rasa dan aku berpendapat mereka2 yang jahat ini tidak pun berfikir kearah itu.Mereka seolah2 menjadi tuan kapada negara yang mereka perintah padahal mereka hanya lah kuli kapada rakyat mereka sendiri.Walau macam mana sekali pun disebabkan kebodohan rakyatnya sendiri lah maka terjadinya sikap yang macam itu kapada pemimpin mereka sendiri.Sepatutnya rakyat menjadi guru kapada pemimpin dan pemimpin menjadi guru kapada rakyat,Dibanyakan negara pemimpin menjadi guru kapada rakyat dan pemimpin yang licik mengajar rakyatnya menjadi bodoh supaya senang dicucuk hidung dan seterusnya dapat buat apa saja setelah rakyat dibodohkan.

Ada sesetengah pihak menyangkal dakwaan yang sebegitu,Adakah manusia yang berbakti dan memerintah kapada negara nya dikatakan jahat,Kalau nak difikir2 apalah baik sangat seseorang pemerintah itu kalau wang yang digunakan untuk pembangunan sesebuah negara diambil dari rakyatnya sendiri serta sumber2 dari negara tersebut Kalau lah wang yang digunakan untuk pembangunan dalam sesebuah negara mengunakan dana pemimpin itu sendiri bolih lah dikatakan bahawa pemimpin itu seorang yang baik,Kalau sekadar mengunakan dana awam tidak bolih sama sekali dikatakan pemimpin itu seorang yang baik Yang bolih dikatakan pemimpin seperti ini hanya lah menjalankan amanah sahaja..Yang paling pelik ramai rakyat yang yang telah diperbodohkan olih pemimpin ini mengatakan pemimpin ini baik sedangkan dimasa yang sama harta negara dibahagi2 sama2 mereka dan dalam sistem pemerintahan berlakunya rasuah yang sangat berleluasan,ketirisan berlaku disana dan disini.Dinegara yang mengamalkan sikap yang seperti ini biasanya pemimpin hidup mewah dan rakyat hidup merempat.

 (gambar hiasan)
Aku pun hairan macam mana yang memegang kuasa begitu sikap dan perangai mereka,mereka seolah2 tidak menghiraukan  orang2 yang dibawah mereka,mereka seolah2 membesarkan diri mereka dengan menyediakan  tempat kediaman mereka seperti 0rang yang sesat dizaman dahulu kala. Eksoseri dalam kediaman mereka seumpama cerita seribu satu malam.Mereka seolah2nya tak nak tunduk langsung kapada perntah ALLAH.
(gambar hiasan)
Kalau lah mereka2 ini takut kapada tuhan mereka,mereka tak kan tergamak untuk membiarkan orang2 dibawah mereka menjadi macam ni,Mereka sihat sejahtera diam dalam rumah persis rumah orang yang sesat yang tak ada ugama,Dan aku penuh yakin bahawa pemimpin negara memang begitu sikap dan keangkuhan mereka dan aku yakin mereka adalah sejahat2 manusia.

Adakah mereka tak perhatikan disekeliling mereka apa yang terjadi kapada mereka yang terlalu tamak kapada harta dunia yang tiada batas menerima pembalasan yang amat mengerikan dari orang2 yang pernah mereka hina dan benci ini.Dan aku merasakan mereka2 ini..., hati nya sudah pun kering sekering hati2 budak2 rempit dijalanan.Perhatikan kapada orang yang dulunya mempunyai kuasa yang tiada batas nya telah dihina sedemikian rupa seolah2 mereka2 ini seperti bangkai anjing yang langsung tak ada nilai.
Dulunya pemimpin ini sangat ditakuti olih kebanyakan rakyatnya,Beliau ditakuti kerana mengunakan kuasa yang amat berlebihan dengan mengunakan sumber yang diambik dari rakyatnya sendiri,Mungkin dikala itu rakyatnya sering diperbodohkan dengan kepintaran pemimpin ini.Beliau bangun untuk memerentah negara dengan niat yang tak baik,dengan niat nak menguasai segala harta negara untuk dijadikan harta2 itu milik mereka.Semasa pemerintahan nya beliau dikatakan melakukan kezaliman keatas rakyatnya,Ramai dari rakyatnya telah dibunuh kerana dikatakan mengkritik cara pemerintahannya dan yang teramat malang orang yang dibunuh itu ialah alim ulamak yang menegur pemerintahan nya,Selain dari itu beliau telah mengumpul harta negara untuk dijadikan miliknya.Mangsa pembunuhan nya telah dikambus seperti bangkai anjing.

Baru2 ini rakyat kapada pemimpin ini telah pun bangkit untuk menentang nya,beliau telah menerima padah dari keangkuhan nya sendiri,Beliau telah dihambat siang dan malam,Bumi yang dulu nya menjadi milik nya sudah tidak mampu untuk menjadi tempat persembunyiannya,Beliau diherdik,didera,disula dan ditembak mati dengan keadaan yang amat hina,setelah itu mayatnya dihina seumpama bangkai,dipamir dan didera.Begitu lah nasib seorang pemimpin yang mengunakan kuasa dengan cara yang berlebihan dan sangat ramai dari pemimpin2 yang tak menyedari tentang sikap seperti itu sangat dibenci olih rakyat nya sendiri.

Kejadian ini merupakan satu peringatan kapada pemimpin yang lupa kapada kebajikan rakyat,tentang tugas dan amanah yang sepatutnya menjadi dasar dalam setiap pemerintahan.

Jumaat, 21 Oktober 2011

muammar gaddafi

Muammar gaddafi dilahirkan pada 7hb jun 1942 di oasis hun Sirte,libya,Beliau dari keluarga petani dan merupakan anak bongsu dan dari suku badwi.Beliau memerentah libya pada 1hb sept 1969 dalam satu rampasan kuasa dari sultan Idris.Beliau merupakan seorang pelajar dalam jurusan undang2 diuniversiti libya

Sistem pemerintahan nya dikatakan sebagai sosialis Islam.(Apa yang aku ketahui islam tak bolih sama sekali di gandingkan dengan mana2 idelogi ciptaan manusia.Kalau dibuat macam tu seolah2 islam tak lengkap,Sedetik ada diperasaan kita benda yang macam tu maka terbatal lah akidah kita., walahualam)Pada awal pemerintahan nya beliau dikatakan seorang yang anti barat dan sangat menitik beratkan kebajikan rakyat nya, Libya merupakan sebagai pengeluar minyak yang terbesar diduniaDikatakan beliau banyak membawa pembaharuan keatas libya dengan membina sistem pengairan kapada petani dengan membina telaga2 air yang dipam terus dari bawah padang pasir sahara.Dikatakan pembinaan telaga2 tersebut sebagai yang terbesar didunia dan bolih dikatakan sebagai keajaban dunia.Sistem pemerintahan nya bolih lah dikatakan baik untuk rakyat nya dengan mengadakan sistem yang bermoralkan islam yang menyenangkan banyak pihak tapi tak kurang juga yang menekan nya.(Apa yang aku ketahui tentang gaddafi ni adalah beliau pernah berikrar tak akan mendiami istana nya selagi ada rakyat nya hidup susah dan beliau kekal dalam khemah,Tapi apa yang aku ketahui khemah2 beliau berharga ratusan ribu ringgit,Disini apakah maksudnya dengan khemah yang sebegitu mahal adakah ini merupakan khemah mewah yang tak mampu rakyat memiliki nya,Bolih lah dikatakan sebagai cakap tak serupa bikin.) Tak dapat dinafikan beliau telah membawa banyak perubahan keatas negara nya.


Setelah perang teluk mencapai kemuncak nay beliau telah berikrar akan menghapuskan senjata Pemusnah besar-besaran,Dengan kenyataan nya itu terjadi lah pemulihan hubungan libya dengan barat.Dari situ banyak pihak tak senang dengan sikapnya dan ditambah dengan kezaliman yang dilakukan kapada musuh politik nya ditambah pula dengan kebangkitan politik didunia arab menjadikan libya berada dalam kancah perang saudara antara penyokong nya dan puak pemberotak diawal tahun 2011(Aku tak memahami campur tangan NATO dalam krisis dilibya di pihak pemberontak,adakah beliau telah berlaku terlalu zalim keatas rakyat nya sehingga terjadi nya peristiwa tersebut,Bagi aku dengan campur tangan tersebut telah terjadi sikap berbalas budi dan mungkin rakyat libya terpaksa membayar harga yang tinggi kapada barat dengan sebab pertolongan tersebut,Mungkin libya terpaksa berkongsi minyak dengan barat  sebab untuk membalas budi tersebut dan disini aku rasa rakyat libya seolah-olah keluar mulut harimau masuk kemulut buaya.) 


Pada mei 2011 mahkamah jenayah antara bangsa memohon waran tangkap terhadapnya akibat dari jenayah keatas manusia akibat dari perang saudara.Beliau dikatakan mengarahkan tentera yang perpihak kapada nya supaya menembak pemberontak.Dengan waran tersebut beliau telah diburu disemua tempat persembunyian nya.Pada 20hb 10 2011 beliau berjaya dibunuh  olih  pemberontak dikampung nya di sirte.(Sejak dari lama aku rasa muammar gaddafi seorang yang berjiwa rakyat tanpa mengetahui apakah kezaliman yang pernah dilakukan.Mungkin kerana terlalu lama memerintah beliau menjadi kejam dan tamak,Pernah disatu bahagian dari pemerintahan nya beliau diberitakan mengarahkan supaya dibunuh semua penentang nya,Padahal kalau seorang pemimpin islam dan mengamalkan ajaran nya setiap orang hendaklah dilayan dengan adil tak kira sama ada yang menentang atau pun yang menyokong.

Video menunjukan kuasa rakyat yang tiada bandingannya,tiada yang dapat menentang walau pun dahulunya dipuja dan tiada polis atau tentera yang dapat menyelamat kan pemerintah yang dibenci olih rakyat nya sendiri dan ini merupakan peringatan kapada pemimpin yang lain yang inginkan kuasa yang berlebihan.

Semua artikal diatas merupakan pandangan aku sahaja dan ada sumber yang tertentu aku ambil dari internet,sekian wassalam....







Jumaat, 7 Oktober 2011

bajet 2012


Assalam,Dalam pembentangan bajet 2012 yang dibuat oleh memteri kewangan dato sri najib tun razak sebentar tadi yang sangat menarik perhatian aku adalah pemahsuhan yuran sekolah rendah dan menengah,Tapi bukan pemansuhan itu yang menarik perhatian aku tapi yang pertama kali pemansuhan itu yang sangat menarik,seingat2 aku pemansuhan yuran keatas sekolah rendah dan menengah telah pun dibuat pada bajet yang dibentangkan beberapa tahun lalu,Dimasa itu aku masih ingat lagi ramai ibu bapa yang  menghantar anak2 mereka kesekolah2 telah dibebani dengan macam2 kos.Ramai ibu bapa masa tu dengan senang lenang membawa anak2 kesekolah(daftar) dengan tak membawa duit kerana menyangka apa2 pun tak kena,yang lebih mudahnya adalah free.hehehe

Dan pada hari ini pada bajet yang kesekian kalinya dibentang telah dikabarkan dengan pemansuhan yuran persekolahan untuk pertama kali nya.Bukankah itu yang sangat menarik,seolah2 pemansuhan  yang dulu tu macam loyar buruk je.Yang aku jadi curiga adalah pemansuhan yang kali ini pun macam yang dulu jugak,dikatakan mansuh tetapi ibu bapa masih lagi dibebani dengan macam2 kos.Aku rasa kecurigaan aku tu bertempat sebab pemansuhan yang dulu pun dibuat oleh menteri kewangan jugak dan sahih dan diluluskan.

Walau macam mana pun aku sangat berharap apa yang telah dibentangkan tu memang benar sebab dengan pemansuhan ni dapat meringan kan beban yang ditanggung oleh ibu bapa pelajar dimasa semua kos melambung tinggi.Kalau lah pemansuhan yang ni tak jugak mansuh alang kah bodoh nya kita jadi rakyat seolah2nya dipermainkan oleh pihak pemerintah,harap tak jadi begitu,sekian.....