Mengapa begitu,tergamak mereka melihat kehidupan dibawah mereka jadi begitu,Dan aku menyangka dan aku memang kata begitu, bahawa mereka amat suka kapada orang yang begitu.Mereka ketawa dan memperbodohkan orang2 yang seperti itu,Mereka tak peduli akan tangis mereka,Mereka hanya membiar sahaja untuk dipertontonkan olih mereka sambil mengherdik dan mengeji dan diwaktu yang sama memperlihatkan kekayaan mereka.
Begitu pandangan aku kapada kebanyakan pemimpin negara,Mereka dengan senang mengautkan harta negara sambil bermewah2 tanpa peduli akan jerih perit orang2 yang dibawah mereka.Dan mereka adalah sejahat2 manusia kerana berdiri teguh untuk mereka sambil memijak mereka2 yang dibawah..Tidakkah terfikir dikepala hotak orang 2 ni untuk membahagi harta kekayaan negara sama rata sama rasa dan aku berpendapat mereka2 yang jahat ini tidak pun berfikir kearah itu.Mereka seolah2 menjadi tuan kapada negara yang mereka perintah padahal mereka hanya lah kuli kapada rakyat mereka sendiri.Walau macam mana sekali pun disebabkan kebodohan rakyatnya sendiri lah maka terjadinya sikap yang macam itu kapada pemimpin mereka sendiri.Sepatutnya rakyat menjadi guru kapada pemimpin dan pemimpin menjadi guru kapada rakyat,Dibanyakan negara pemimpin menjadi guru kapada rakyat dan pemimpin yang licik mengajar rakyatnya menjadi bodoh supaya senang dicucuk hidung dan seterusnya dapat buat apa saja setelah rakyat dibodohkan.
Ada sesetengah pihak menyangkal dakwaan yang sebegitu,Adakah manusia yang berbakti dan memerintah kapada negara nya dikatakan jahat,Kalau nak difikir2 apalah baik sangat seseorang pemerintah itu kalau wang yang digunakan untuk pembangunan sesebuah negara diambil dari rakyatnya sendiri serta sumber2 dari negara tersebut Kalau lah wang yang digunakan untuk pembangunan dalam sesebuah negara mengunakan dana pemimpin itu sendiri bolih lah dikatakan bahawa pemimpin itu seorang yang baik,Kalau sekadar mengunakan dana awam tidak bolih sama sekali dikatakan pemimpin itu seorang yang baik Yang bolih dikatakan pemimpin seperti ini hanya lah menjalankan amanah sahaja..Yang paling pelik ramai rakyat yang yang telah diperbodohkan olih pemimpin ini mengatakan pemimpin ini baik sedangkan dimasa yang sama harta negara dibahagi2 sama2 mereka dan dalam sistem pemerintahan berlakunya rasuah yang sangat berleluasan,ketirisan berlaku disana dan disini.Dinegara yang mengamalkan sikap yang seperti ini biasanya pemimpin hidup mewah dan rakyat hidup merempat.
(gambar hiasan)
Aku pun hairan macam mana yang memegang kuasa begitu sikap dan perangai mereka,mereka seolah2 tidak menghiraukan orang2 yang dibawah mereka,mereka seolah2 membesarkan diri mereka dengan menyediakan tempat kediaman mereka seperti 0rang yang sesat dizaman dahulu kala. Eksoseri dalam kediaman mereka seumpama cerita seribu satu malam.Mereka seolah2nya tak nak tunduk langsung kapada perntah ALLAH.
(gambar hiasan)
Kalau lah mereka2 ini takut kapada tuhan mereka,mereka tak kan tergamak untuk membiarkan orang2 dibawah mereka menjadi macam ni,Mereka sihat sejahtera diam dalam rumah persis rumah orang yang sesat yang tak ada ugama,Dan aku penuh yakin bahawa pemimpin negara memang begitu sikap dan keangkuhan mereka dan aku yakin mereka adalah sejahat2 manusia.
Adakah mereka tak perhatikan disekeliling mereka apa yang terjadi kapada mereka yang terlalu tamak kapada harta dunia yang tiada batas menerima pembalasan yang amat mengerikan dari orang2 yang pernah mereka hina dan benci ini.Dan aku merasakan mereka2 ini..., hati nya sudah pun kering sekering hati2 budak2 rempit dijalanan.Perhatikan kapada orang yang dulunya mempunyai kuasa yang tiada batas nya telah dihina sedemikian rupa seolah2 mereka2 ini seperti bangkai anjing yang langsung tak ada nilai.
Dulunya pemimpin ini sangat ditakuti olih kebanyakan rakyatnya,Beliau ditakuti kerana mengunakan kuasa yang amat berlebihan dengan mengunakan sumber yang diambik dari rakyatnya sendiri,Mungkin dikala itu rakyatnya sering diperbodohkan dengan kepintaran pemimpin ini.Beliau bangun untuk memerentah negara dengan niat yang tak baik,dengan niat nak menguasai segala harta negara untuk dijadikan harta2 itu milik mereka.Semasa pemerintahan nya beliau dikatakan melakukan kezaliman keatas rakyatnya,Ramai dari rakyatnya telah dibunuh kerana dikatakan mengkritik cara pemerintahannya dan yang teramat malang orang yang dibunuh itu ialah alim ulamak yang menegur pemerintahan nya,Selain dari itu beliau telah mengumpul harta negara untuk dijadikan miliknya.Mangsa pembunuhan nya telah dikambus seperti bangkai anjing.
Baru2 ini rakyat kapada pemimpin ini telah pun bangkit untuk menentang nya,beliau telah menerima padah dari keangkuhan nya sendiri,Beliau telah dihambat siang dan malam,Bumi yang dulu nya menjadi milik nya sudah tidak mampu untuk menjadi tempat persembunyiannya,Beliau diherdik,didera,disula dan ditembak mati dengan keadaan yang amat hina,setelah itu mayatnya dihina seumpama bangkai,dipamir dan didera.Begitu lah nasib seorang pemimpin yang mengunakan kuasa dengan cara yang berlebihan dan sangat ramai dari pemimpin2 yang tak menyedari tentang sikap seperti itu sangat dibenci olih rakyat nya sendiri.
Kejadian ini merupakan satu peringatan kapada pemimpin yang lupa kapada kebajikan rakyat,tentang tugas dan amanah yang sepatutnya menjadi dasar dalam setiap pemerintahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan