Jumaat, 7 Oktober 2011

bajet 2012


Assalam,Dalam pembentangan bajet 2012 yang dibuat oleh memteri kewangan dato sri najib tun razak sebentar tadi yang sangat menarik perhatian aku adalah pemahsuhan yuran sekolah rendah dan menengah,Tapi bukan pemansuhan itu yang menarik perhatian aku tapi yang pertama kali pemansuhan itu yang sangat menarik,seingat2 aku pemansuhan yuran keatas sekolah rendah dan menengah telah pun dibuat pada bajet yang dibentangkan beberapa tahun lalu,Dimasa itu aku masih ingat lagi ramai ibu bapa yang  menghantar anak2 mereka kesekolah2 telah dibebani dengan macam2 kos.Ramai ibu bapa masa tu dengan senang lenang membawa anak2 kesekolah(daftar) dengan tak membawa duit kerana menyangka apa2 pun tak kena,yang lebih mudahnya adalah free.hehehe

Dan pada hari ini pada bajet yang kesekian kalinya dibentang telah dikabarkan dengan pemansuhan yuran persekolahan untuk pertama kali nya.Bukankah itu yang sangat menarik,seolah2 pemansuhan  yang dulu tu macam loyar buruk je.Yang aku jadi curiga adalah pemansuhan yang kali ini pun macam yang dulu jugak,dikatakan mansuh tetapi ibu bapa masih lagi dibebani dengan macam2 kos.Aku rasa kecurigaan aku tu bertempat sebab pemansuhan yang dulu pun dibuat oleh menteri kewangan jugak dan sahih dan diluluskan.

Walau macam mana pun aku sangat berharap apa yang telah dibentangkan tu memang benar sebab dengan pemansuhan ni dapat meringan kan beban yang ditanggung oleh ibu bapa pelajar dimasa semua kos melambung tinggi.Kalau lah pemansuhan yang ni tak jugak mansuh alang kah bodoh nya kita jadi rakyat seolah2nya dipermainkan oleh pihak pemerintah,harap tak jadi begitu,sekian.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan