Selasa, 29 November 2011

salah guna kuasa

Sejak beberapa tahun ini banyak kedengaran benda yang pelik terjadi,Salah satu adalah orang yang memberi tazkirah dimasjid kena tangkap.Penangkapan itu bukan lah membabitkan orang2 biasa yang tak mempunyai asas ugama langsung,ianya membabitkan orang yang bukan calang2 orang seperti orang yang lepasan universiti yang bidang lulusan nya adalah ugama islam.Apakah silap dan salah orang2 macam ini ditangkap dan didakwa dan mungkin akan dihukum kalau disabitkan kesalahan.Yang pelik nya orang yang menangkap atau memerintah menangkap individu tersebut bukan lah juga orang 2 biasa yang tak punya lulusan.Mereka yang memerintah penangkpan tersebut adalah mereka2 yang bukan calang2 orang juga. Mereka mempunyai segala wibawa dalam bidang ugama dan akademik. Dimanakah kebenaran disebalik penangkapan dan perintah penangkapan tersebut.Bukankah peristiwa2 tersebut menjadi sesuatu yang sangat pelik.Benar  apa yang kita dengar bahawa diakhir zaman ugama akan dipandang lekeh malah diejek2.Mengapa tidak begitu orang yang membawa kebenaran akan ditidakan tindakan mereka dan orang yang membawa kebatilan akan dibiarkan malah digalakan lagi malah diberi segala kemudahan.Dimasa yang sama orang2 yang membawa kearah kesesatan dibiarkan bebas seolah2 digalakan kegiatan mereka.Contoh yang paling mudah adalah ajaran ayah pin.Kemanakah individu ini yang mendakwa dia lah segala2nya(ayah pin)
Mangsa akhir dari siri penangkapan kapada mereka2 yang tak ada tauliah untuk memberi kuliah dimasjid2 ialah Bob Lokman,Dan penangkapan tersebut adalah kerana beliau dikatakan tak mempunyai tauliah untuk memberi apa2 ucapan didalam masjid.Persoalan nya mengapa tak diberi tauliah.Jawapan nya tentu lah macam ni:Beliau tak punya kelulusan atau perkhususan dalam bidang tersebut,Tapi mengapakah yang ada perkhususan dalam bidang tersebut tak pulak diberi tauliah malah ditangkap pula bila memberikan tazkirah dimasjid2,Contohnya banyak dan tak perlu disebut.Bagi aku orang2 yang nak bagi tazkirah kat mana2 masjid tak perlu ditangkap malah diberi keizinan yang seluas2nya,kalau lah apa yang individu berikan ceramah benar2 menyalahi ajaran islam baru lah tindakan ini diambil.

Dikatakan sebab2 penahanan individu yang macam ini kerana pihak2 tertentu ingin membendung tersebarnya ajaran sesat yang sangat menular dikalangan umat2 islamMemang bagus tindakan yang macam tu tetapi mengapakah mereka2 yang benar mengamalkan jalan kesesatan tak pulak ditangkap. Amat malang dengan keputusan yang semacam itu sedangkan yang sepatut dibuat tidak pula dilakukan.Contoh kapada yang sepatut diambil tindakan tak sukar untuk disebut dan tak payah untuk dicari,memang ada di merata2 tempat termasuk didepan mata kita.Kpada pihak yang tertentu tak payah mengunakan kuasa secara berlebihan kerana perkara itu sangat berkait dengan kebencian orang dan kebenciaan Tuhan sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan