Isnin, 14 Mei 2012

Lebuh raya jerangau/jabor

(Gambar ini aku ambil dekat persimpangan ke Paka, kerteh dan durian mentangau,Jalan kat sini telah diturap baru hampir setahun yang lalu,kerosakan tidak kelihatan)

 Lebuh raya jerangau jabor bermula dari pekan Ajil di hulu Terengganu dan berakhir dijabor kemaman.Panjang lebuh raya ini lebih kurang 140km.lebuh raya ini dibina disekitar tahun 1970.Seluruh perjalanan dari pekan Ajil hingga ke Jabor dipenuhi olih ladang kelapa sawit dan  sebahagian kecilnya ialah pekan2 kecil dan kampung.Pekan2 yang dilalui ialah pekan felda jerangau,Bukit Besi,Almuktafi billah shah,pekan air putih,cheneh dan pekan neram.

Bila melalui lebuh raya ini,yang paling diingati ialah jalan nya yang sangat teruk,lubang disana dan disini,Tempat yang paling teruk dan banyak lubang ialah dikawasan bukit besi ia-itu di gajah mati,Lebuh raya ini tidak sesuai untuk memandu pada waktu malam..Kawasan ini banyak terjadi kemalangan sejak dari dulu.Melalui jalan ini solah2 kita telah undur kebelakang untuk beberapa tahun....
(Pekan ceneh sebuah pekan yang sangat kecil,mempunyai sebuah pam minyak shell dan beberapa buah kedai runcit serta beberapa kemudahan lain.Pekan cheneh terletak dipendalaman kemaman terengganu,merupakan hentian kapada yang memandu jauh,Pekan ini akan sunyi bila lebuh raya pantai timur akan siap sepenuhnya pada 2013 nanti.)..
(Penyelegaraan memang langsung tak ada,telah dibiarkan sebegitu lama)
(Berhampiran dengan pekan bukit besi)
(Kalau didalam gambar kerosakan nya tak nampak,dalam keadaan yang sebenar nak melaluinya pun kena sangat berhati2)
(Kemalangan ni berlaku pada 16hb march 2012 yang lalu dikawasan gajah mati dilebuh raya jerangau jabor akibat dari ingin mengelak lubang besar)
 (Langsung tak bertaraf jalan dalam negara yang diwar2kan sebagai negara maju)

Pada kesimpulan nya melalui lebuh raya jerangau jabor seolah2 memperjudikan harta benda kita kapada kemusnahan didalam sebuah kerajaan yang dikatakan kaya raya.Sekian............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan