Isnin, 14 Mei 2012

Lebuh raya jerangau/jabor

(Gambar ini aku ambil dekat persimpangan ke Paka, kerteh dan durian mentangau,Jalan kat sini telah diturap baru hampir setahun yang lalu,kerosakan tidak kelihatan)

 Lebuh raya jerangau jabor bermula dari pekan Ajil di hulu Terengganu dan berakhir dijabor kemaman.Panjang lebuh raya ini lebih kurang 140km.lebuh raya ini dibina disekitar tahun 1970.Seluruh perjalanan dari pekan Ajil hingga ke Jabor dipenuhi olih ladang kelapa sawit dan  sebahagian kecilnya ialah pekan2 kecil dan kampung.Pekan2 yang dilalui ialah pekan felda jerangau,Bukit Besi,Almuktafi billah shah,pekan air putih,cheneh dan pekan neram.

Bila melalui lebuh raya ini,yang paling diingati ialah jalan nya yang sangat teruk,lubang disana dan disini,Tempat yang paling teruk dan banyak lubang ialah dikawasan bukit besi ia-itu di gajah mati,Lebuh raya ini tidak sesuai untuk memandu pada waktu malam..Kawasan ini banyak terjadi kemalangan sejak dari dulu.Melalui jalan ini solah2 kita telah undur kebelakang untuk beberapa tahun....
(Pekan ceneh sebuah pekan yang sangat kecil,mempunyai sebuah pam minyak shell dan beberapa buah kedai runcit serta beberapa kemudahan lain.Pekan cheneh terletak dipendalaman kemaman terengganu,merupakan hentian kapada yang memandu jauh,Pekan ini akan sunyi bila lebuh raya pantai timur akan siap sepenuhnya pada 2013 nanti.)..
(Penyelegaraan memang langsung tak ada,telah dibiarkan sebegitu lama)
(Berhampiran dengan pekan bukit besi)
(Kalau didalam gambar kerosakan nya tak nampak,dalam keadaan yang sebenar nak melaluinya pun kena sangat berhati2)
(Kemalangan ni berlaku pada 16hb march 2012 yang lalu dikawasan gajah mati dilebuh raya jerangau jabor akibat dari ingin mengelak lubang besar)
 (Langsung tak bertaraf jalan dalam negara yang diwar2kan sebagai negara maju)

Pada kesimpulan nya melalui lebuh raya jerangau jabor seolah2 memperjudikan harta benda kita kapada kemusnahan didalam sebuah kerajaan yang dikatakan kaya raya.Sekian............

Ahad, 13 Mei 2012

sokong.........

assalam
Sangat bercelaru bila memikirkan sikap seseorang,Ramai sangat yang suka menegak kan benang yang basah.Ramai sangat yang tak mahu mengakui yang haq,Masih berkira2 dan mencari2,padahal segala perkara yang bercelaru dapat diselesaikan dengan mudah kalau mengikut akal fikiran yang waras,.Kalau pun tak sudi mengunakan ugama sebagai jalan penyelesaian nya..(bagi kes tertentu saja) Banyak perkara kecelaruan dan sentiasa ditimbul2 dan diulang2...

Pada tahun 2000 yang lalu negeri terengganu telah diperintah oleh pakatan rakyat yang dimasa itu pakatan rakyat tidak lagi dijenamakan seperti sekarang,Pada masa itu aku masih ingat lagi tentang kegusaran sesetengah pihak tentang mata pencarian, rezeki.mengherdik,tidak puas hati dan sebagainya...

Kesombongan disebelah pihak dimasa itu sangat ketara,Aku telah mendengar satu dailog seperti ini,
 "Mung gi kabor ke-menteri besor mung jangan tebang kayu balak hok dalam hutan nung sebab akan mencemarkan air sungai,"
Dalam soal yang macam ni  sepatutnya tak ada lah menteri besar sesiapa kerana kerajaan bukan lah parti politik,menteri besar ialah menteri besar kapada semua penduduk,jadi tak ada lah ungkapan menteri besar "mung" dan menteri besar aku,Tentang percemaran yang didakwa sememang nya terjadi sampai sekarang kerana penebangan balak masih diteruskan ditempat yang menjadi bantahan oleh  setengah pihak pada tahun 2000 yang lalu.Individu yang terbabit dalam mengeluarkan ungkapan diatas tak ada lah pulak membuat protes tentang percemaran dan sebagainya kerana mungkin apa yang dibuat adalah betul setelah yang membuatnya dari kumpulan nya sendiri....

"Besor pioh pun tebang,"Merujuk kapada penebangan kayu2 balak yang ditebang ketika itu yang sangat kecik,padahal kayu2 yang ditebang ialah dikawasan yang ingin dijadikan empangan hidro yang kedua dihulu terengganu.Pada masa sekarang pun kayu2 yang ditebang masih besar kopiah,Aku tak lah hipokrit dalam soal macam ni,mungkin kayu yang ditebang datang dari tanah pesendirian atau pun tanah2 dibuka oleh agensi2 tertentu dan perlu dihabiskan....

Diatas menceritakan dua kisah picisan yang terjadi ditempat aku yang melibatkan orang kampung yang perlu diabaikan kan kerana kebodohan dan tamak haloba atau pun  tak reti basa....Tapi diperingkat yang lebih tinggi terjadi jugak kenyataan yang tak masuk akal oleh golongan atasan pemerintah,ungkapan seperti,"Kita jamin dengan kenaikan harga minyak ni harga barang tak kan naik,"Pada hal sebelum orang besar ni berucapa dan bercakap harga barang dah pun naik sebelum lagi harga minyak dinaikkan,

Kata seorang orang besar jugak,,"Kita dalam situasi menang menang," Ucapan ini merujuk kapada kekalahan malaysia dalam pertikaian kepulauan batu putih yang telah dimenangi oleh singapura yang dibicarakan dimahkamah antarabangsa.Ini merupakan ayat2 atau penipuan kapada rakyat nya yang bodoh.Dengan mengunakan ayat2 yang mesra macam ni rakyat yang bodoh mungkin boleh menerima,sedangkan kalau dah pun kalah maka tak ada sedikit pun yang menang dan aku dengan tulus mengatakan orang besar ni sangat2 bodoh.Dalam kes menegakan benang basah ni banyak sangat ucapan2 yang dikeluarkan akan menunjukan kebodohan masing2,sedangkan apa yang diucapakan itu mereka sendiri sedari tentang kebodohannya, tapi untuk tujuan mengelirukan orang maka digagahi ucapan itu dihamburkan.... Sekian.......